TAKE A NOTE PLEASE !

aku menaip , menulis ne bukan nak mnta simpati kat korang erkk ~ aku menaip , menulis ne psal ne kisah idup aku . dah mimank kisah idup aku , bkan kisah dongeng ahh :) so , i can do anything dat i want :DD k , hope korang enjoy bca blog simple ni ~

Sunday, December 4, 2011

Macamna Nak Buat Boyfriend(s) Kurang Maen Game Supaya Girls Dapat Perhatian Lebih.

hye there . andd assalamualaikum :) Hari ni aku nak buka satu topik yang quite not interesting bagi yang belum ada couple.*terasa*. Yes. Aku nak ceritakan tentang masalah yang kerap berlaku pada couple. Iaitu ketidakpuasan hati dari girls terhadap boy(s) diorang. Dimana perempuan selalu terasa macam diabaikan bila boy(s) dah start main game. Selalu jugak aku dengar aduan macam, "Boy aku, kalau dah start main game, jadi tunggul je lah aku ni. Nak masa dia tengah main DOTA. Pfft. Menyampah.". Yes. Lelaki kalau dah start pegang game favourite dia, memang agak leceh untuk korang (girls) nak alihkan dia dari depan game. And korang sangat bertuah kalau boyfriend korang sanggup pause game tu, semata mata nak cakap, "Sorry sayang, I tengah main game ni. Nanti dah habis match I contact you balik. Got to go. Bye. Muax muax." Tanpa bagi korang chance nak reply apa apa.Apa korang ingat senang ke nak pause game yang online. Tak pun masa dia dah sampai level paling susah. Korang patut berasa untung sebab sanggup jugak dia bagi pesanan. Eventhough ringkas, ok apa dari tak contact terus. Well, aku tahu ramai perempuan susah nak setuju dengan ideologi ini. Sebab tu ada yang berani menyuarakan isu ni. Sampai ada yang mintak break. Cuma disebabkan lelaki tu suka main game. Oh come on. Main game je pun. It's not a big deal. Tapi berpada lah. Jangan langgar waktu solat. And please jangan tanya aku kenapa waktu solat kitorang boleh pause, tapi tak boleh pause untuk korang (girls) punya call yang sibuk nak mengawan. Ehem. Aku ada tips nak kurangkan addict kat game. aku tau ne pun dry kengkwan . Yes aku admit yang aku pun suka main game. Tapi aku tak lah addict. Sebab aku ada beberapa tips yang agak berkesan. Well, korang (perempuan) boleh suruh boy(s) korang praktikkan cara ni. Kalau tak berkesan jugak, korang boleh hantar diorang ke pusat game tester. Mungkin boy(s) korang boleh buat duit. Dan korang pun bahagia.
AFC = away from console Hilangkan Game Dari Mindset Aku tahu nama point ni agak bombastik. Well, maksud dia amatlah simple. Iaitu buang game tu. Yes. Kalau game tu jenis install kat komputer macam DOTA, sila uninstall. Kalau game tu jenis online pulak, buang link tu dari history browser. And pastikan mentality diorang kuat untuk tak install balik game tu. Suruh diorang puasa dari main game tu untuk 2 minggu. Lepas tu komform hilang ketagih main game. Kalau tak jalan jugak, korang boleh buang dia punya punca-niat-main-game-diorang-terangsang. Maksud aku medium game tu. Contohnya komputer, gameboy, etc. Aku assume cara ni lebih berkesan untuk game yang berkonsol persendirian macam PSP atau NDS.*pernah kena*. Tapi aku tak syorkan untuk boy(s) yang panas baran.
Challenge The Pro Level Kalau cara lembut kat atas tak berkesan, korang boleh guna cara kedua. Iaitu suruh boy(s) korang cabar diri sendiri untuk ambil level yang paling susah. Cara ni akan bagi effektif yang maximum kalau boy(s) korang masih noob dalam game tu. Maksud aku, masih level anak anak kat dalam game tu. Sebab, bila diorang masih level anak anak, jangan mimpi dapat kalahkan level yang paling susah.Bila asyik kalah, ianya mendatangkan ketidakpuasan bermain game. Then, lama lama mesti boy(s) korang akan jadi bosan gila. Lepas tu diorang akan tinggalkan game tu terbengkalai. Yes. Fade up. That's the point. Macam korang jugaklah. Yang mintak putus sebab fade up dengan boy(s) yang asyik main game dan mengabaikan korang. Gunakan cara yang sama untuk diorang lupakan game. Brilliant idea kan.?
Be In Their Shoes Kalau boy(s) korang memang jenis-asyik-menang-tak-reti-reti-nak-kalah, sampai kalau hantar jadi game tester pun dapat job, memang tak ada cara lain lah. Cara yang terakhir jugak aku rasa akan berhasil. Jangan risau, ia tak memerlukan emosi dan mental yang kuat. Caranya adalah 'join the club'. Yes. Apa kata korang join sekali boy(s) korang main game. Senang. Boy(s) korang bahagia, korang pun bahagia. Boy(s) korang dapat kepuasan main game. Korang pun dapat berinteraksi dengan boy(s) korang lama lama. Win win situation. **** Well, akhir kata, memang tak perlu rungsing lah kalau dapat boy yang suka main game. Normal lah tu. Siapa kata main game tak ada benefits.? Aku belajar English dari game tau. Aku tahu, perempuan ni attention whore. Bila dah sampai certain time, mesti nak menggedik dengan boy(s) dia. Mengada ngada. mcm aku juga, tpi nsib aku xda boy . And andai kata kalau uninstall game dan main level paling susah pun tak gerak, plus korang memang tak nak guna cara ketiga, hantar je lah boy(s) korang tu jadi game tester. Berbaloi apa. Duit yang dia dapat bahagi lah dua. Yang boy beli game baru, yang perempuan pergi shopping. Sekali lagi win win situation. Thanks <3 :)

No comments:

Post a Comment